Angin ahmar atau
strok ialah masalah
kesihatan yang diakibatkan oleh
salur darah tersumbat dan bekalan
darah ke sebahagian
otak diganggu. Bahagian otak tersebut tidak lagi menerima
oksigen yang mencukupi dan oleh itu, sel-
sel otak akan rosak atau mati, dan mengakibatkan bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak itu tidak berfungsi. Angin ahmar ialah kecederaan
saraf yang serius dan gejalanya ialah kehilangan fungsi saraf secara tiba-tiba. Gangguan peredaran darah biasanya terjadi pada sisi
arteri peredaran itu, walaupun gangguan ini juga boleh terjadi pada sisi
vena. Angin ahmar telah dikategorikan sebagai
kecemasan perubatan yang boleh menyebabkan kerosakan saraf yang kekal serta juga
kematian jika tidak dikesan dan dirawat dengan cepat.
Penyakit ini ialah penyakit ketiga yang menyebabkan paling banyak kematian dan
kehilangan upaya di kalangan
dewasa Amerika Syarikat dan negara-negara perindustrian di
Eropah. Pada puratanya, satu kejadian angin ahmar terjadi pada setiap 45 saat, dan seorang mati setiap 3 minit, akibat angin ahmar. Bagi setiap lima kematian tersebut, 2 kematian adalah orang
lelaki dan 3 kematian ialah orang
wanita.Punca angin ahmar termasuk kelanjutan umur,
darah tinggi,
kencing manis,
kolesterol tinggi, dan
merokok. Merokok merupakan punca boleh ubah suai yang paling penting. Istilah "
serangan otak" kini semakin digunakan di Amerika Syarikat untuk angin amar, disebabkan penyakit ini adalah padanan untuk "
serangan jantung" yang merupakan masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian
jantung diganggu.